Tamat sahaja UPSR kami banyak berangan nak masuk tingkatan 1 cepat-cepat, dan tiba lah keputusan UPSR keluar, saya dapat 2A 2B 1C dan dia dapat 3A 2B. waktu itu saya menagis sangat-sangat sebab ade 1C. sedangkan kami dah berjanji kami hanya mahu kan gred A dan B sahaja. Dia banyak beri semangat dekat saya. Maka tiba lah awal tahun 2006 kami ditempat kan di sekolah menegah yang sama, dan yang paling seronok kami sekelas. Macam biasa lah gelaran kami ‘belangkas’.
Tepat jam 12 malam 26.11.2005 saya dapat satu pesanan ringkas yang menyatakan nazrin demam panas dan tidak bangun dari katil selama 2 hari. Saya pun bergegas ke rumah dia. Sewaktu saya buka je pintu rumah dia, semua orang menjerit ‘selamat hari jadi Sha’ dan saya amat terkejut dan rasa terharu sangat-sangat. Tak sangka keluarga saya dan keluarga nazrin buat kejutan untuk saya. nazrin juga hadiah kan saya ‘teddy bear’. Selain dari itu, kami sering menghabis kan masa yang terluang bersama-sama. Sehingga lah tibanya waktu peperiksaan UPSR. Walaupun kami tidak sekelas tapi kami tetap belajar bersama-sama, dan ada juga rakan-rakan yang lain cakap kami nie bercinta dan kami nie belangkas sebab bila nak kemana sahaja mesti berdua.
Sewaktu kami tingkatan 2, nazrin ada seorang peminat. Sejak dari itu, nazrin dah jarang bersama saya, dia banyak menghabis kan masa bersama kekasih baru dia. Saya rasa terkilan dan sedih sangat-sangat, dan kadang-kadang kami bergaduh kerana kekasih dia. Saya cakap dekat dia “reen ko dah lain, ko dah tak macam dulu, ko abaikan aku.” Nazrin hanya diam je. Sampai lah tamat tingkatan 2.
Sewaktu cuti sekolah tingkatan 2, saya beritahu ayah yang saya nak tukar sekolah. Kebetulan waktu itu nenek saya di perlis sakit. Dan ayah saya hantar saya ke sana untuk menjaga nenek saya. saya sekolah di sana pada waktu tingkatan 3, dan sewaktu saya pindah nazrin tak tahu pun. Sehingga lah tiba musim sekolah bermula dia Tanya pada keluarga saya, kenapa saya tidak ke sekolah. Mak saya pun jawab yang saya dah pindah ke perlis. Lepas je dari tu nazrin banyak hantar pesanan ringkas kepada saya, tapi saya diam dan tidak balas satu pun pesanan dia. Kalau dia telefon pun saya tak pernah angkat. Nazrin minta maaf dekat saya, sebab dah abaikan saya. dia rasa menyesal sangat-sangat.
Ada satu hari tu, hati saya rasa tak sedap dan rasa ada sesuatu bakal terjadi, dan pada petang tu saya dapat panggilan dari keluarga nazrin bahawa nazrin kemalangan dan berada di ICU. Dia dilanggar lori sewaktu balik dari sembahyang jumaat. Iaitu pada tanggal 17 ogos 2008. Waktu tu saya ingat keluarga dia main-main dan saya pun buat tak tahu je. Sehingga lah ayah saya sendiri telefon dan minta saya balik taiping. Malang nya, sewaktu saya dalam bas nak pulang ke taiping dia dah pun meninggal. Saya sempat tengok dia dikapan kan. Sebab keluarga dia nak saya tengok juga mayat anak dia. Sebab saya sahabat dia dari kecil. Saya menangis selama seminggu kerana tak percaya pada takdir yang dia dah pergi. Saya rasa menyesal sebab tinggalkan dia. Sejak dia meninggal ramai kawan-kawan datang rumah saya dan bercerita tentang nazrin selama saya tak ada kat taiping. Saya tak sangka selepas saya pindah dia jadi pendiam dan tak banyak cakap. Dan selalu cerita dekat kawan-kawan kelas dia yang dia rindu kan saya. seminggu sebelum dia meninggal dia ada beritahu kawan kelas dia, kalau dia dah tak ada nanti ‘tolong beritahu Sha yang aku sayang dekat dia, dan aku minta maaf kalau dia terasa dengan perangai aku sampai buat dia lari ke perlis.’ Waktu kawan saya cerita tu, saya rasa betul-betul sedih dan terasa. Salah saya sebab saya yang lari dari dia. Saya rasa menyesal sangat-sangat. Sehingga sekarang saya tak dapat melupakan nazrin. Sebab dia satu-satu nya sahabat terbaik saya. sampai sekarang saya belum jumpa lagi penganti dia. Kerana Nazrin ialah Nazrin. Tiada Nazrin yang lain selain dia. SAHABAT SEJATI SUKAR DICARI. Sampai sini sahaja kisah saya. jika ada terkasar bahasa harap dapat dimaafkan. :'(
Tamat sahaja UPSR kami banyak berangan nak masuk tingkatan 1 cepat-cepat, dan tiba lah keputusan UPSR keluar, saya dapat 2A 2B 1C dan dia dapat 3A 2B. waktu itu saya menagis sangat-sangat sebab ade 1C. sedangkan kami dah berjanji kami hanya mahu kan gred A dan B sahaja. Dia banyak beri semangat dekat saya. Maka tiba lah awal tahun 2006 kami ditempat kan di sekolah menegah yang sama, dan yang paling seronok kami sekelas. Macam biasa lah gelaran kami ‘belangkas’.
No comments:
Post a Comment